SUKMA 2026: Selangor tumpu venue pertandingan tetap meriah walau jimat kos

9 Ogos 2026, 7:00 AM
SUKMA 2026: Selangor tumpu venue pertandingan tetap meriah walau jimat kos
SUKMA 2026: Selangor tumpu venue pertandingan tetap meriah walau jimat kos
SUKMA 2026: Selangor tumpu venue pertandingan tetap meriah walau jimat kos
SUKMA 2026: Selangor tumpu venue pertandingan tetap meriah walau jimat kos
SUKMA 2026: Selangor tumpu venue pertandingan tetap meriah walau jimat kos
SUKMA 2026: Selangor tumpu venue pertandingan tetap meriah walau jimat kos

SEPANG, 9 OGOS: Selangor akan memastikan kemeriahan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 tetap dirasai meskipun berdepan kekangan kewangan susulan ketidaktentuan ekonomi kesan daripada konflik Asia Barat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pendekatan itu selaras dengan nasihat Sultan Selangor supaya kemeriahan SUKMA difokuskan di venue pertandingan, bukannya acara berpusat yang menelan kos besar.

"Sebagaimana nasihat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku, kita akan cuba memeriahkan aktiviti itu di venue-venue kejohanan berbanding acara-acara berpusat seperti pelancaran, penutup yang gilang-gemilang," katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyertai penutup Larian obor SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor sempena Hari tanpa Kenderaan Majlis Perbandaran Sepang di Litar Sepang pada 9 Ogos 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penutup Larian Obor SUKMA 2026 bersempena Hari Tanpa Kenderaan Majlis Perbandaran Sepang dan Himpunan Mega Sukarelawan SUKMA dan Para SUKMA Selangor 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, hari ini.

Amirudin berkata, semua daerah di Selangor turut terlibat dalam menjayakan SUKMA, termasuk daerah yang hanya menjadi tuan rumah bagi satu acara.

"Kejohanan ini untuk kita meriahkan dan jadikan sebagai satu kejohanan yang diingati, yang kemas dan aa memberikan kenangan yang manis kepada para peserta dan mereka yang terlibat,"katanya.

Majlis ramah mesra penaja dan bapa angkat SUKMA XXII dan Para SUKMA di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam pada 6 Julai 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Dalam pada itu, katanya pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), Ahli Dewan Negeri (ADN) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri turut membantu sebagai 'bapa angkat' bagi sukan tertentu.

"Ada sebahagian bapa angkat bantu daripada segi kenderaan, ada yang bantu dari segi venue latihan. Ada juga yang bagi lagi kemudahan lain dan sebahagian besarnya memberikan sokongan kewangan kepada kejohanan terbabit," katanya.

Justeru katanya, pendekatan secara bersama itu membolehkan Selangor menggembleng kekuatan yang ada dalam negeri bagi menjayakan SUKMA.

"Kebersamaan semua pihak itu menjadikan kita berjaya menguruskan sukan ini walaupun kali ini ada sedikit kekangan berbanding dengan tuan rumah-tuan rumah sebelum ini kerana tuan rumah-tuan rumah sebelum ini mendapat sedikit sokongan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan," jelasnya.

Mengulas mengenai Pusat Akuatik Darul Ehsan yang dijenamakan semula sebagai Akuatik Selangor, katanya ia berjaya disiapkan dalam tempoh lapan bulan termasuk proses kelulusan.

Projek bernilai RM42 juta itu katanya akan dilengkapi teknologi yang memenuhi piawaian antarabangsa, termasuk sistem sensor yang dapat mengesan pergerakan perenang serta sentuhan di tapak penamat.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melawat Akuatik Selangor ketika Majlis Penjenamaan Semula Pusat Akuatik Darul Ehsan di Seksyen 13 Shah Alam pada 8 Ogos 2026. Hadir mengiringi Baginda, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SEANGOR

"Ia mengesan setiap pergerakan perenang-perenang termasuk sentuhan mereka di dasar ataupun di tapak sensor yang kita telah siapkan. Dan ini menepati piawaian sukan antarabangsa. Kita rasa berbangga dengan kerja yang telah dibuat," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua PBT yang menaik taraf venue pertandingan di seluruh negeri, termasuk kemudahan hoki dan lapang sasar menembak.

Katanya, kerja naik taraf turut mendapat sokongan syarikat swasta selain menggunakan peruntukan PBT dan Kerajaan Negeri bagi memastikan kemudahan pertandingan berada pada tahap yang diperlukan.

"Selepas ini, cabaran kita ialah penganjuran dan itulah sebabnya kita bertemu dengan sukarelawan pada hari ini kerana mereka akan menjadi sebahagian yang sangat penting kepada penganjuran yang licin, berkesan dan kemas," katanya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.