Agong titah perketat kawalan di lapangan terbang, pintu masuk negara

8 Ogos 2026, 5:41 AM
Agong titah perketat kawalan di lapangan terbang, pintu masuk negara

KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini bertitah supaya kementerian dan agensi berkaitan memperketat kawalan serta memperkasa tahap keselamatan di semua lapangan terbang dan pintu masuk negara.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah langkah berkenaan penting bagi membendung kegiatan penyeludupan dadah serta mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

“Aspek keselamatan di pintu masuk negara perlu sentiasa diperkasa menerusi penguatkuasaan yang lebih berkesan, pemantauan berterusan serta kerjasama erat antara semua agensi berkaitan,” titah Sultan Ibrahim.

Titah berkenaan dizahirkan Seri Paduka Baginda semasa berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan yang berlangsung selama lebih sejam di Istana Bukit Tunku di sini.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.