RS-2: PTRS diperluas kepada 200,000 pelajar menjelang 2030

7 Ogos 2026, 9:30 AM
RS-2: PTRS diperluas kepada 200,000 pelajar menjelang 2030

SHAH ALAM, 7 OGOS: Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) akan diperluas kepada 200,000 orang menjelang 2030.

Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peluasan program itu antara inisiatif pembangunan modal insan di bawah Misi Keempat Rancangan Selangor Kedua (RS-2), sekali gus membantu meningkatkan prestasi pendidikan tanpa mengira latar belakang.

"Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang telah menunjukkan hasil positif akan diperkembangkan kepada 200,000 pelajar menjelang tahun 2030.

"Langkah ini bagi memastikan prestasi pelajar daripada pelbagai latar belakang dapat terus ditingkatkan," katanya ketika membentang RS-2 di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menerima surat penghargaan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor selama tiga tahun berturut-turut atas sumbangan PTRS terhadap pencapaian pelajar dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata PTRS membantu meningkatkan prestasi calon SPM di Selangor berdasarkan pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) yang semakin baik dari tahun ke tahun.

RS-2 merupakan kerangka pembangunan Selangor bagi tempoh 2026 hingga 2030 yang menggariskan enam misi merangkumi 25 bidang dan 98 inisiatif.

Rancangan lima tahun itu memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi, merapatkan jurang pembangunan antara daerah serta meningkatkan kualiti hidup rakyat berteraskan kehidupan wajar dan bermaruah.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.