Tiga anggota polis maut dipercayai terkena renjatan elektrik

6 Ogos 2026, 12:33 PM
Tiga anggota polis maut dipercayai terkena renjatan elektrik

SHAH ALAM, 6 OGOS: Tiga anggota polis lelaki dilaporkan maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Jalan Weston, Kampung Weston, Beaufort petang tadi.

Ketiga-tiga mangsa difahamkan merupakan pegawai rendah polis namun identiti penuh mereka masih belum didedahkan.

Menurut maklumat awal, dua daripada mangsa berasal dari Kelantan manakala seorang lagi berasal dari Sibu, Sarawak.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.56 petang.

Susulan itu, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort bersama sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Lokasi kejadian terletak kira-kira 28 kilometer dari BBP Beaufort.

Operasi menyelamat diketuai Komander Operasi, PBK I Irwan Abdul dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Sabah Electricity.

Setakat ini, punca sebenar kejadian masih belum dikenal pasti dan identiti ketiga-tiga mangsa juga masih belum diumumkan pihak berkuasa.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.