Negeri akan berhubung dengan keluarga anggota polis dikhuatiri lemas

29 Nov 2025, 12:37 PM

SHAH ALAM, 29 NOV: Kerajaan Negeri akan berhubung dengan keluarga anggota polis yang dikhuatiri lemas dalam kejadian banjir di Sepang semalam bagi memaklumkan perkembangan operasi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan dibantu dua unit bot oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN).

"Kerajaan Negeri akan berhubung dengan keluarga mangsa untuk mengemaskini proses SAR dan bersedia membantu sebaik mungkin.

"Saya mendoakan agar mangsa dapat dicari dan diselamatkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian malam tadi, pemandu Perodua Bezza terbabas dalam parit berhampiran Klinik Desa Giching, Sepang.

Mangsa dipercayai cuba berenang keluar dari parit berkenaan selepas kenderaan dinaiki tidak dapat meneruskan perjalanan.

Operasi hari ini diperluas ke kawasan kampung berhampiran, kebun kelapa sawit dan tali air namun anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai itu belum ditemui dan operasi ditangguhkan jam 6 petang tadi.