MBSA sedia alat sokongan percuma, tingkat kesejahteraan golongan memerlukan

4 Ogos 2026, 2:18 AM
MBSA sedia alat sokongan percuma, tingkat kesejahteraan golongan memerlukan

SHAH ALAM, 4 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi Program Masyarakat Prihatin 2026 menyediakan bantuan alat sokongan percuma kepada golongan memerlukan sebagai usaha meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat.

Menerusi hantaran di Facebook, pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan antara bantuan yang disediakan termasuklah kerusi roda, cermin mata membaca, tongkat bantu jalan serta tilam angin untuk pemohon yang memenuhi syarat ditetapkan.

"Inisiatif itu selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 3, iaitu Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, serta SDG 17 yang menekankan Perkongsian untuk Matlamat," katanya.

Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan program, seorang warga emas, Rajammah Varathraj, 73, dari Sri Mahligai, Seksyen 9, menerima bantuan sebuah kerusi roda selepas mengalami kesukaran berjalan akibat bilateral osteoarthritis.

Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA, Shahrin Ahmad menyampaikan bantuan itu kepada Sri Mageshwarar, yang mewakili ibunya di Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA semalam.

MBSA berkata pihaknya komited meneruskan pelbagai inisiatif kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan, sekali gus mewujudkan masyarakat yang lebih prihatin, inklusif dan sejahtera.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.