Ahli parlimen Sungai Buloh agih 10,000 basikal secara berperingkat

2 Ogos 2026, 2:29 PM
Ahli parlimen Sungai Buloh agih 10,000 basikal secara berperingkat
Ahli parlimen Sungai Buloh agih 10,000 basikal secara berperingkat
Ahli parlimen Sungai Buloh agih 10,000 basikal secara berperingkat
Ahli parlimen Sungai Buloh agih 10,000 basikal secara berperingkat

SHAH ALAM, 2 OGOS: Ahli Parlimen Sungai Buloh Datuk Seri R. Ramanan mengagihkan 10,000 basikal kepada anak muda di kawasan itu secara berperingkat bermula hari ini bagi memudahkan urusan pergerakan harian mereka.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau berkata inisiatif itu merupakan pelaksanaan janji yang diumumkan kira-kira tiga bulan lalu ketika Program Sumbangan Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Parlimen Sungai Buloh.

Menurutnya, sumbangan berkenaan bertujuan membantu lebih ramai anak muda memperoleh kemudahan pengangkutan untuk ke sekolah, institusi pengajian, tempat kerja serta menjalani aktiviti harian.

“Sumbangan 10,000 basikal ini telah saya umumkan ketika Program Sumbangan Pelajar Cemerlang SPM 2025 Parlimen Sungai Buloh kira-kira tiga bulan lalu. Hari ini, janji itu mula saya tunaikan.

“Tiada yang lebih bermakna daripada melihat kegembiraan pada wajah anak-anak muda apabila bersama-sama menyambut bulan kemerdekaan dan menerima sesuatu yang mampu memudahkan perjalanan mereka ke sekolah, tempat belajar, tempat kerja atau menjalani aktiviti harian,” katanya.

Terdahulu, Ramanan menyerahkan 500 basikal kepada anak muda pada Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Parlimen Sungai Buloh, hari ini.

Beliau berkata pembangunan tidak seharusnya tertumpu kepada pembinaan infrastruktur semata-mata, sebaliknya perlu merangkumi usaha memperluas peluang serta meningkatkan kesejahteraan rakyat menerusi inisiatif yang memberi manfaat secara langsung.

Katanya, setiap janji yang dibuat perlu ditunaikan, manakala setiap inisiatif yang dilaksanakan mesti memberi impak positif kepada masyarakat.

“Sebagai Ahli Parlimen Sungai Buloh, saya akan terus bekerja keras membawa lebih banyak inisiatif yang memberi impak kepada masyarakat tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang.

“Amanah yang diberikan akan terus saya galas dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan seluruh warga Sungai Buloh,” katanya.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.