MDSB keluar 11 kompaun premis ingkar syarat lesen

12 Jul 2026, 8:00 AM
MDSB keluar 11 kompaun premis ingkar syarat lesen
MDSB keluar 11 kompaun premis ingkar syarat lesen

SHAH ALAM, 12 JULAI: Sebanyak 11 kompaun dikeluarkan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) terhadap premis yang didapati ingkar syarat lesen dalam operasi pemeriksaan premis dan permit kerusi meja di sekitar Sungai Besar serta Sekinchan, semalam.

MDSB memaklumkan tindakan kompaun diambil terhadap premis melakukan pelbagai kesalahan termasuk melanggar syarat lesen dan gagal mematuhi peraturan ditetapkan bagi memastikan aktiviti perniagaan dijalankan secara teratur.

“Operasi yang disertai lapan anggota penguat kuasa itu melibatkan pemeriksaan ke atas 14 premis perniagaan dan 11 penjaja bagi memastikan pematuhan terhadap syarat pelesenan serta peraturan yang berkuat kuasa.

“Tindakan itu melibatkan kesalahan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2001, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MDSB 2007 serta Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” katanya menerusi Facebook.

MDSB berkata operasi penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan semua premis mematuhi syarat lesen, sekali gus mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih teratur dan mematuhi undang-undang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung pelanggaran syarat lesen atau kesalahan lain boleh menyalurkan aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MDSB atau menghubungi talian 03-3007 4700.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.