Selangor bangun Droneport-1000 kawasan ujian dron terbesar Malaysia

30 Jul 2026, 10:00 AM
Selangor bangun Droneport-1000 kawasan ujian dron terbesar Malaysia
Selangor bangun Droneport-1000 kawasan ujian dron terbesar Malaysia
Selangor bangun Droneport-1000 kawasan ujian dron terbesar Malaysia
Selangor bangun Droneport-1000 kawasan ujian dron terbesar Malaysia
Selangor bangun Droneport-1000 kawasan ujian dron terbesar Malaysia

KUALA SELANGOR, 30 JULAI: Selangor menjadi antara peneraju bagi industri dron menerusi pembangunan Droneport-1000 sebagai kawasan pengujian dan penilaian dron terbesar di negara ini.

EXCO Pembudayaan Inovasi, Dr Fahmi Ngah berkata kawasan yang terletak di Universiti Selangor (UNISEL), Bestari Jaya di sini, memiliki keluasan 24km persegi dengan ruang udara sehingga ketinggian 1,000 meter.

“Ini akan menjadi kawasan pengujian terbesar di Malaysia. Ruang udara terbesar yang telah diuji Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Kita juga akan dapat pentauliahan CAAM sebelum akhir tahun ini.

“Dron yang ada kapasiti besar perlukan ruang udara besar untuk terbang. Tetapi di sini telah dilaksanakan beberapa pengujian di mana dron yang besar ini dapat terbang sehingga 40km. Ini tempat yang sangat baik,” katanya.

EXCO Pembudayaan Inovasi, Dr Fahmi Ngah ketika Majlis Pra Pelancaran Droneport 1000 di Universiti Selangor (UNISEL), Bestari Jaya, pada 30 Julai 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR

Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Droneport-1000 di UNISEL yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Selangor Aviation and Technology Innovations Sdn Bhd (SELATI), Zannifa Azura Ahmad serta Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Emeritus Datuk Ir Dr Hassan Basri.

Sementara itu, Zannifa berkata Droneport-1000 akan membolehkan agensi kerajaan, ahli akademik dan pemain industri membangunkan teknologi secara bersama dengan rangka kerja kawal selia yang diperlukan bagi memastikan pelaksanaannya selamat.

Jelasnya, kerjasama tersebut berupaya membantu pembentukan dasar serta mempercepatkan kemajuan pembangunan inovasi teknologi dron secara berkesan dan bertanggungjawab.

“Dron ini adalah ekosistem. Ia bukan setakat aktiviti rekreasi. Sebab itu infrastruktur adalah penting. Tempat ini akan jadi tempat pertemuan, pemindahan teknologi, dan kita jadikan ia sebagai platform supaya sektor ini boleh ke depan,” katanya.

Disember tahun lalu, Selangor menubuhkan Pelan Tindakan Dron Negeri Selangor yang diketuai SELATI sebagai sekretariat selain dianggotai beberapa agensi aeroangkasa terkemuka.

Dalam Belanjawan 2024, Dato’ Menteri Besar mengumumkan Kerajaan Negeri menyediakan RM2 juta khusus untuk meneroka dan membangunkan teknologi dron.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, usaha itu akan dibuat menerusi SELATI bagi memastikan Selangor menjadi antara pusat pembangunan dron utama di Asia Tenggara.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.