63 kamera litar tertutup perkukuh sistem pemantauan bandar Kajang

29 Jul 2026, 6:00 AM
63 kamera litar tertutup perkukuh sistem pemantauan bandar Kajang
63 kamera litar tertutup perkukuh sistem pemantauan bandar Kajang
63 kamera litar tertutup perkukuh sistem pemantauan bandar Kajang

KAJANG, 29 JULAI: Sebanyak 63 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bagi memperkukuh sistem pemantauan menerusi Kajang Smart City Command Centre (KS2C).

Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj TPr Gs Nursilawati Abd Rahim berkata pemasangan CCTV itu dibuat hasil perbincangan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mengambil kira kawasan panas yang memerlukan pemantauan lebih rapi.

"63 CCTV ini adalah berdasarkan perbincangan bersama pihak polis untuk meletakkan ia di kawasan persimpangan utama, jalan besar dan kawasan jenayah yang dikenal pasti," katanya ditemui selepas Majlis Perasmian KS2C di Menara MPKj di sini semalam.

Menurut Nursilawati, MPKj turut merancang menambah jumlah CCTV tahun ini dengan memberi tumpuan kepada kawasan kritikal seperti lokasi pembuangan sampah haram, kawasan banjir kilat dan cerun di bawah seliaan pihak majlis.

"Apabila kita dapat kawasan kritikal ini, kita akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan untuk menentukan lokasi sesuai bagi meletakkan CCTV bagi tujuan kawalan dan keselamatan," katanya.

Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj TPr Gs Nursilawati Abd Rahim bercakap kepada media ketika Majlis Perasmian Kajang Smart City Command Center (KS2C) di Kajang pada 28 Julai 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANG0R

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Operasi KS2C berkata sistem berkenaan membantu pemantauan keadaan semasa termasuk paras air sungai dan cuaca supaya maklumat dapat disalurkan kepada pihak berkaitan bagi tindakan kesiapsiagaan.

Katanya, melalui sistem tersebut, pemantauan dapat dilakukan dengan lebih tersusun berbanding sebelum ini, khususnya ketika hujan berterusan yang berpotensi menyebabkan bencana.

"MPKj bukan sahaja menggunakan sistem dalaman yang dibangunkan, kami juga berintegrasi dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan keselamatan, trafik dan jenayah.

"Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia turut diintegrasikan bagi tujuan pemantauan cuaca serta langkah kesiapsiagaan bencana," jelasnya.

Tambah beliau, KS2C menggunakan papan pemuka bandar pintar yang merangkumi tujuh komponen iaitu Smart Governance, Smart Economy, Smart People, Smart Living, Smart Environment, Smart Mobility dan Smart Infrastructure.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.