MB: Insentif tambahan atlet raih emas, Selangor juara SUKMA 2026

26 Jul 2026, 10:39 AM
MB: Insentif tambahan atlet raih emas, Selangor juara SUKMA 2026
MB: Insentif tambahan atlet raih emas, Selangor juara SUKMA 2026
MB: Insentif tambahan atlet raih emas, Selangor juara SUKMA 2026
MB: Insentif tambahan atlet raih emas, Selangor juara SUKMA 2026

SHAH ALAM, 26 JULAI: Atlet negeri ini yang meraih pingat emas bakal menerima durian runtuh antara RM2,000 ke RM5,000 mengikut kategori sekiranya Selangor bergelar juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA).

 Pengumuman Dato’ Menteri Besar itu membolehkan atlet individu dan berpasukan tiga atlet menerima habuan RM15,000 seorang, manakala atlet berpasukan bawah 10 orang RM10,000 dan berpasukan lebih 10 orang menerima RM7,000.

“Asasnya RM10,000 untuk acara satu hingga tiga orang. Tapi kalau kita juara keseluruhan, nilainya akan meningkat kepada RM15,000. Untuk acara empat hingga 10 atlet, RM7,000 kepada RM10,000

“Acara lebih 10 orang, kita akan naikkan daripada RM5,000 kepada RM7,000 seorang, ini untuk pemenang emas sahaja. Untuk perak dan gangsa, jumlah insentif dikekalkan kerana emas menentukan juara keseluruhan. Insentif ini turut ditawar kepada atlet Para SUKMA,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan bendera kontinjen Selangor ke Temasya SUKMA 2026 berlangsung di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Selangor ke Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Selangor 2026 di Auditorium Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz pada 26 Jun 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Ketika Majlis Pelancaran Program 'Road To Champion' pada Ogos tahun lalu, Amirudin berkata Kerajaan Selangor menambah jumlah insentif kemenangan kepada RM12,000, RM7,000 dan RM5,000 kepada pemenang emas jika kontinjen Selangor merangkul juara SUKMA 2026.

Sementara itu, Amirudin berkata seramai 1,029 atlet dan pegawai bakal mewakili Selangor sepanjang SUKMA berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos manakala sukan Para SUKMA melibatkan keseluruhan 258 atlet dan pegawai.

SUKMA edisi ke-22 akan mempertandingkan 469 acara daripada 37 jenis sukan yang melibatkan sembilan daerah membabitkan 52 venue.

Manakala Para SUKMA pula melibatkan 369 acara daripada 10 sukan merangkumi renang, olahraga, badminton, ping pong, tenpin boling, boling padang, memanah, catur, boccia serta powerlifting.

Temasya sukan terbesar negara itu disertai semua kontinjen negeri selain Brunei Darussalam sah menyertainya sebagai kontinjen jemputan, sekali gus melengkapkan penyertaan 15 kontinjen.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.