Genap sebulan, LRT3 Shah Alam semakin jadi pilihan pengguna

26 Jul 2026, 6:00 AM
Genap sebulan, LRT3 Shah Alam semakin jadi pilihan pengguna

Genap sebulan beroperasi, Laluan LRT3 Shah Alam semakin mendapat sambutan dalam kalangan penduduk yang menggunakannya sebagai pengangkutan harian ke tempat kerja, institusi pendidikan dan pusat komersial. Kehadiran laluan baharu ini bukan sahaja memendekkan masa perjalanan, malah menawarkan alternatif yang lebih selesa kepada pengguna yang sebelum ini bergantung kepada kenderaan persendirian.

Tinjauan di beberapa stesen mendapati aliran penumpang semakin stabil terutama pada waktu puncak pagi dan petang. Kemudahan moden seperti lif, eskalator, parkir, laluan pejalan kaki serta integrasi dengan perkhidmatan bas pengantara memudahkan perjalanan pengguna, sekali gus meningkatkan tahap keselesaan dan aksesibiliti pengangkutan awam di sekitar Shah Alam dan kawasan sekitarnya.

Operasi LRT3 turut membawa kesan positif kepada komuniti setempat apabila kawasan sekitar stesen mula menerima lebih ramai pengunjung. Kehadiran pengguna pengangkutan awam membantu merancakkan aktiviti ekonomi tempatan dengan premis makanan, kedai serbaneka dan pelbagai perniagaan kecil menikmati pertambahan pelanggan hasil peningkatan pergerakan orang ramai.

Jurugambar Mohd Khairul Helmy Mohd Din merakam denyut nadi kehidupan di sepanjang laluan LRT3 selepas sebulan beroperasi. Rakaman yang memaparkan penumpang menunggu tren, suasana di dalam gerabak serta aktiviti di sekitar stesen menggambarkan perubahan landskap mobiliti bandar, sekali gus memperlihatkan bagaimana LRT3 semakin menjadi sebahagian daripada rutin harian masyarakat ke arah sistem pengangkutan awam yang lebih cekap, selesa dan mampan.

Penumpang berada di dalam gerabak LRT3 yang menjadi pilihan pengangkutan awam bagi urusan harian setelah sebulan beroperasi.

Penumpang membeli tiket menggunakan mesin layan diri sebelum memasuki platform LRT3 untuk meneruskan perjalanan.

Suasana orang ramai beratur di pintu masuk Stesen LRT3 Glenmarie 2 ketika waktu operasi, mencerminkan sambutan positif terhadap perkhidmatan LRT3.

Orang ramai keluar dari Stesen LRT3 untuk meneruskan perjalanan ke kawasan perniagaan dan penempatan berhampiran.

Suasana di platform LRT3 memperlihatkan orang ramai menunggu ketibaan tren untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Suasana di platform LRT3 memperlihatkan orang ramai memasuki tren untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Warga emas dan penumpang OKU memanfaatkan kemudahan akses mesra pengguna di LRT3 yang direka bagi memastikan perjalanan lebih selamat dan selesa.

Warga emas dan penumpang OKU memanfaatkan kemudahan akses mesra pengguna di LRT3 yang direka bagi memastikan perjalanan lebih selamat dan selesa.

Suasana di Stesen Johan Setia, stesen terakhir Laluan LRT3 yang menjadi antara pintu masuk utama kepada pengguna pengangkutan awam di Klang.

Penumpang menggunakan perkhidmatan LRT3 sebagai alternatif pengangkutan awam yang menghubungkan beberapa kawasan utama di Lembah Klang.

Permandangan ketika menaiki tren LRT3 melintasi laluannya ketika membawa penumpang ke destinasi masing-masing selepas sebulan memulakan operasi.

Kategorigaleri

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.