Tengku Amir Shah, isteri timang puteri sulung Tengku Alia Amira

25 Jul 2026, 2:55 PM
Tengku Amir Shah, isteri timang puteri sulung Tengku Alia Amira

SHAH ALAM, 25 JULAI: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato' Abdul Aziz hari ini, mengumumkan kelahiran puteri sulung Yang Mulia (YM) Tengku Alia Amira Tengku Amir Shah.

Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran di Facebook rasmi Raja Muda Selangor yang memaklumkan puteri Baginda berdua diputerakan pada 21 Julai 2026, bersamaan 6 Safar 1448 Hijrah, pada jam 2.56 petang.

Dalam hantaran sama, Tengku Amir Shah menzahirkan rasa syukur atas kurniaan cahaya mata tersebut serta menzahirkan penghargaan kepada semua yang mendoakan kesejahteraan keluarga diraja.

"Alhamdulillah. Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Beta mengumumkan kelahiran puteri kami.

"Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, keberkatan dan rahmat yang berpanjangan buat anakanda kami. Terima kasih buat semua yang mendoakan kami sekeluarga," titah baginda.

Tengku Amir Shah dan Afzaa Fadini selamat diijabkabulkan dalam Istiadat Pernikahan Diraja di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, pada 2 Oktober 2025.

Tengku Amir Shah dan isteri umum kelahiran puteri sulung, Tengku Alia Amira SHAH ALAM, 25 JULAI: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan isteri Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato' Abdul Aziz hari ini mengumumkan kelahiran puteri sulung yang diberi nama Yang Mulia (YM) Tengku Alia Amira Tengku Amir Shah. Pengumuman itu dibuat menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Raja Muda Selangor yang memaklumkan puteri baginda berdua diputerakan pada 21 Julai 2026, bersamaan 6 Safar 1448 Hijrah, pada jam 2.56 petang. Dalam hantaran sama, Tengku Amir Shah menzahirkan rasa syukur atas kurniaan cahaya mata tersebut serta menzahirkan penghargaan kepada semua yang mendoakan kesejahteraan keluarga diraja. "Alhamdulillah. Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Beta mengumumkan kelahiran puteri kami. "Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, keberkatan dan rahmat yang berpanjangan buat anakanda kami. "Terima kasih buat semua yang mendoakan kami sekeluarga," titah baginda. Menerusi poster rasmi pengumuman itu, turut dizahirkan doa agar puteri tersebut membesar dalam limpahan rahmat, kasih sayang dan perlindungan Allah SWT. "Dengan penuh kesyukuran dan sukacita,diperkenakan kepada seluruh rakyat, YM Tengku Alia Amira Binti Tengku Amir Shah. "Diputerakan pada 21 Julai bersamaan 6 Safar 1448 Hijrah pada jam 2.56 petang. "Semoga membesar dalam rahmat, kasih sayang dan lindungan Allah SWT," kongsi hantaran berkenaan. Pengumuman berkenaan menerima ucapan tahniah termasuk rakyat Selangor yang mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan buat DYTM Raja Muda Selangor, isteri, keluarga diraja dan puteri yang baharu diputerakan.
Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.