EXCO: Air laut sumber bekalan masa depan di Selangor

25 Jul 2026, 6:00 AM
EXCO: Air laut sumber bekalan masa depan di Selangor
EXCO: Air laut sumber bekalan masa depan di Selangor
EXCO: Air laut sumber bekalan masa depan di Selangor

SHAH ALAM, 25 JUL: Selangor sedang membuat kajian menyeluruh berhubung penggunaan sumber air laut sebagai sumber alternatif jangka panjang bagi mengatasi masalah bekalan air pada masa depan.

EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim berkata langkah itu bagi memastikan bekalan air bersih terus berkekalan dan memenuhi permintaan di Lembah Klang yang meningkat saban tahun.

“Kita sedang melihat untuk melaksanakan air laut yang dinyahgaram untuk kegunaan sumber air baharu. Ia masih lagi dalam perancangan. Teknologi itu sekarang sebenarnya agak murah dan lebih ekonomi.

“Kita sedang kaji dari sudut kos komersial. Kita perlu pelbagaikan lagi sumber air supaya kita tidak bergantung kepada satu sumber sahaja iaitu air hujan,” katanya kepada Media Selangor.

Pada April, Ir Izham memaklumkan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), Kerajaan Negeri mengkaji kebolehlaksanaan loji penyahgaraman air laut bagi memastikan kemampanan sumber air bersih.

Beliau dilapor berkata pembinaan infrastruktur berkenaan mampu menambah kapasiti pengeluaran air bersih hingga kira-kira 300 juta liter sehari (JHL).

Fakta Nyahgaram Air Laut. GRAFIK FARAH AZILA MUSTAPHA

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.