Ribut petir, hujan lebat diramal landa lima daerah Selangor hingga 5 petang

20 Jul 2026, 5:11 AM
Ribut petir, hujan lebat diramal landa lima daerah Selangor hingga 5 petang

SHAH ALAM, 20 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan termasuk Selangor sehingga jam 5 petang ini.

METMalaysia memaklumkan kawasan terlibat di Selangor ialah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Amaran sama turut melibatkan seluruh negeri Perlis serta beberapa kawasan di Kedah, iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kulim dan Bandar Baharu.

Selain itu, cuaca buruk turut dijangka melanda seluruh Pulau Pinang, beberapa daerah di Perak iaitu Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim, serta Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Di Pahang, kawasan terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Bera, manakala di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin. Seluruh Melaka turut berada dalam kawasan amaran.

Bagi Johor, amaran dikeluarkan bagi Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Johor Bahru. Di Wilayah Persekutuan, amaran melibatkan seluruh Kuala Lumpur.

Di Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Sri Aman, Saratok, Kabong, Sarikei, Sibu, Dalat, Mukah, Song, Bintulu, Subis dan Miri.

"Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi satu-satu keluaran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang rasmi METMalaysia, aplikasi myCuaca dan saluran media sosial rasmi jabatan itu.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.