150 warga emas DUN Subang Jaya terima suntikan vaksin influenza

15 Jun 2026, 11:00 AM
150 warga emas DUN Subang Jaya terima suntikan vaksin influenza

SHAH ALAM, 15 JUN: Seramai 150 warga emas menerima suntikan vaksin influenza menerusi program kesihatan komuniti yang dianjurkan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya baru-baru ini.

Wakil rakyatnya, Michelle Ng Mei Sze berkata program itu bertujuan meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan warga emas, selain memberi perlindungan awal terhadap jangkitan influenza yang berisiko menyebabkan komplikasi serius.

"Warga emas merupakan antara golongan yang lebih berisiko mendapat komplikasi akibat influenza. Sebab itu usaha pencegahan seperti pengambilan vaksin amat penting bagi melindungi kesihatan mereka.

"Program seperti ini bukan sahaja memudahkan akses kepada perkhidmatan kesihatan, malah meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan secara berkala," katanya menerusi hantaran di Facebook.

ADN Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze (kanan) bergambar bersama peserta program vaksin influenza warga emas yang diadakan baru-baru ini. Foto Facebook Michelle Ng Mei Sze

Menurut Michelle, program yang dijalankan dengan kerjasama Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) Subang Jaya itu turut menawarkan saringan kesihatan asas bagi membantu peserta memantau keadaan kesihatan mereka.

"Program ini turut menyediakan khidmat saringan kesihatan asas dengan kerjasama Poliklinik Medi Ihsan yang tampil memberikan suntikan vaksin serta perkhidmatan kesihatan kepada komuniti setempat," tambahnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada sukarelawan dan pasukan petugas poliklinik atas komitmen mereka dalam menjayakan program berkenaan.

"Program hari ini membuktikan apabila komuniti berganding bahu, lebih banyak manfaat dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Saya berharap lebih banyak inisiatif seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang," katanya.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.