Gempa bumi sederhana landa Laut Sulawesi, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

18 Jul 2026, 4:31 AM
Gempa bumi sederhana landa Laut Sulawesi, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 magnitud dikesan berlaku di Laut Sulawesi pada 10.23 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa bumi itu dikesan pada kedudukan 4.5 darjah Utara dan 124.9 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Menurut kenyataan itu, lokasi berkenaan terletak kira-kira 199 km ke barat Pulau Talaud, Indonesia.

“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut MetMalaysia.

-- BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.