Lapan kereta scrap terbakar di Kapar, tiada mangsa dilaporkan

17 Jul 2026, 12:00 PM
Lapan kereta scrap terbakar di Kapar, tiada mangsa dilaporkan
Lapan kereta scrap terbakar di Kapar, tiada mangsa dilaporkan
Lapan kereta scrap terbakar di Kapar, tiada mangsa dilaporkan
Lapan kereta scrap terbakar di Kapar, tiada mangsa dilaporkan

SHAH ALAM, 17 JULAI: Lapan kereta scrap pelbagai jenis terbakar dalam kejadian di kawasan terbuka di Jalan Kampung Bukit Kerayong, Kapar, tengah hari tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar menerusi Facebook memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.03 tengah hari sebelum sepasukan anggota tiba di lokasi pada jam 12.11 tengah hari.

Menurut kenyataan itu, kebakaran melibatkan lapan kenderaan scrap pelbagai jenis yang diletakkan di kawasan terbuka.

"Empat kenderaan iaitu Mercedes, Naza Suria, Naza Citra dan Proton Persona musnah sepenuhnya, manakala Proton Exora, Perodua Kembara, Proton Wira dan Peugeot mengalami kerosakan antara 15 hingga 50 peratus," menurut kenyataan itu.

BBP Kapar berkata operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada tangki bantuan.

Operasi itu turut mendapat bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah lori tangki air dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong.

"Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya tanpa melibatkan sebarang mangsa," menurut kenyataan itu.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.