Kerjasama Zakat Selangor, AIU bantu 50 pelajar asnaf ke universiti

17 Jul 2026, 7:30 AM
Kerjasama Zakat Selangor, AIU bantu 50 pelajar asnaf ke universiti
Kerjasama Zakat Selangor, AIU bantu 50 pelajar asnaf ke universiti
Kerjasama Zakat Selangor, AIU bantu 50 pelajar asnaf ke universiti

SHAH ALAM, 17 JULAI: Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menjalin kerjasama dengan Albukhary International University (AIU) bagi membiayai kos pembelajaran 50 pelajar asnaf yang melanjutkan pengajian di institusi berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor Mohd Khaidzir Shahari berkata tajaan menerusi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT) itu bertujuan memperluas akses pendidikan tinggi kepada golongan asnaf.

Beliau berkata kerjasama itu dimeterai menerusi memorandum perjanjian yang membolehkan pelajar layak menerima bantuan yuran pengajian, penginapan dan wang saku daripada pihak universiti sepanjang tempoh pengajian.

Menurutnya, Zakat Selangor pula akan menyediakan bantuan persediaan kemasukan ke universiti serta keperluan pendidikan termasuk buku rujukan dan peralatan pembelajaran.

“Zakat Selangor pula akan menyediakan bantuan persediaan masuk dan keperluan pendidikan termasuk buku rujukan dan peralatan pembelajaran. Kerjasama ini merupakan penambahbaikan BDPT Zakat Selangor.

“Ini akan memberi fokus kepada pengukuhan model bantuan pendidikan bagi meningkatkan keberkesanan penyaluran bantuan serta menyokong kejayaan pelajar asnaf sehingga menamatkan pengajian,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Mohd Khaidzir berkata kerjasama berkenaan bukan sahaja membuka peluang untuk pelajar susah menjejak kaki ke universiti sebaliknya turut memastikan mereka berjaya menamatkan pengajian dan bersedia melangkah ke alam pekerjaan.

Menurutnya kerjasama itu dijangka turut memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar asnaf untuk mendapat akses pendidikan tinggi berkualiti tanpa dibebani kekangan kewangan.

“Selain meningkatkan peluang menamatkan pengajian, inisiatif ini turut memperkukuhkan kebolehpasaran graduan dan membantu meningkatkan taraf sosioekonomi asnaf melalui peluang pekerjaan lebih baik.

“Kejayaan sebenar bantuan zakat ialah apabila ia berjaya mengubah kehidupan penerimanya. Diharap kerjasama ini menjadi model yang dapat melahirkan graduan asnaf berilmu, berdaya saing dan mampu mengubah kehidupan,” katanya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.