Belanjawan Selangor 2027 perkasa rawatan kesihatan ke kejiranan

15 Jul 2026, 9:00 AM
Belanjawan Selangor 2027 perkasa rawatan kesihatan ke kejiranan
Belanjawan Selangor 2027 perkasa rawatan kesihatan ke kejiranan
Belanjawan Selangor 2027 perkasa rawatan kesihatan ke kejiranan
Belanjawan Selangor 2027 perkasa rawatan kesihatan ke kejiranan
Belanjawan Selangor 2027 perkasa rawatan kesihatan ke kejiranan

SHAH ALAM, 15 JULAI: Belanjawan Selangor 2027 akan terus memperkasa jaringan kesihatan awam termasuk membawa doktor dan perkhidmatan rawatan terus ke kawasan kejiranan serta perkampungan.

Dato’ Menteri Besar berkata Kerajaan Negeri sedang meneliti beberapa kertas cadangan berkaitan inisiatif berkenaan yang disifatkan mampu melengkapkan keseluruhan ekosistem kesihatan rakyat.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyediaan kemudahan rawatan di hospital atau klinik, malah memastikan perkhidmatan kesihatan lebih dekat dengan masyarakat.

“Insya-Allah dalam belanjawan tahun depan Kerajaan Negeri akan tambah pelbagai inisiatif kesihatan. Bukan hanya hantar pesakit ke hospital, klinik atau sediakan ambulans, beri kemudahan dan rawatan murah tetapi bawa doktor dan rawatan ke kawasan kejiranan.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran Ambulans Kita Selangor Fasa Dua 2026 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 15 Julai 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Ini akan lengkapkan keseluruhan ekosistem di samping siri jelajah EXCO kesihatan memperkenalkan Iltizam Selangor Sihat (ISS). Ini akan beri impak dan tambahan kepada persediaan fasiliti kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pelancaran program Ambulans Kita Selangor Fasa Dua dan pengenalan ikon kesihatan awam Selangor di sini, hari ini.

Menerusi Belanjawan tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntuk jutaan ringgit bagi mengukuhkan aspek kesihatan awam termasuk RM2.5 juta dibelanja bagi meneruskan Program Selangor Saring dan Selangor Kanser selain menyediakan kemudahan saringan kesihatan percuma kepada rakyat.

Amirudin turut meningkatkan peruntukan Program Selangor Mental Sihat (SEHAT) daripada RM700,000 kepada RM1.5 juta, sekali gus menempatkan Selangor sebagai negeri terkehadapan dalam memperkukuh kesihatan mental rakyat secara holistik dan inklusif.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.