Air Selangor siap ganti paip usang 3.79km di Kuala Kubu Bharu

15 Jul 2026, 4:31 AM
Air Selangor siap ganti paip usang 3.79km di Kuala Kubu Bharu
Air Selangor siap ganti paip usang 3.79km di Kuala Kubu Bharu

SHAH ALAM, 15 JULAI: Kerja penggantian paip air sepanjang 3.79km bagi keseluruhan Taman Ampang Indah dan Jalan Padang Tembak di Kuala Kubu Bharu selesai dilaksana Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu Pang Sock Tao berkata penggantian meliputi paip sepanjang 2.8km untuk keseluruhan Taman Ampang Indah, manakala 998 meter untuk Jalan Padang Tembak.

“Jalan juga diturap semula sepenuhnya. Terima kasih atas kesabaran penduduk sepanjang kerja penggantian paip dilaksanakan,” katanya di Facebook.

Kawasan Taman Ampang Indah sebelum ini dilaporkan sering terputus bekalan air berikutan paip yang usang dan sering pecah.

Belanjawan Selangor 2026 memperuntuk RM542.8 juta bagi meneruskan program penggantian paip usang melalui Air Selangor bagi mengukuhkan usaha menangani isu kebocoran dan gangguan bekalan air.

Selangor turut menyediakan RM40.4 juta bagi program penurunan air tidak terhasil (NRW) melibatkan beberapa inisiatif teknikal utama termasuk penggantian paip komunikasi dan pengembangan liputan District Metering Zone (DMZ).

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.