Peniaga direman bantu siasatan 10 kes amang seksual kanak-kanak

13 Jul 2026, 2:30 PM
Peniaga direman bantu siasatan 10 kes amang seksual kanak-kanak

MELAKA, 13 JULAI: Polis menahan seorang peniaga tempatan selepas dipercayai terlibat dalam 10 kes amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki dari Mac hingga semalam.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan orang awam di Balai Raya Taman Desa Duyong di sini kira-kira 6 petang semalam sebelum diserahkan kepada polis.

Beliau berkata 10 mangsa terlibat berusia lapan hingga 13 tahun dengan kejadian didakwa berlaku di taman permainan, surau, pasar raya, kedai makan dan rumah suspek.

“Suspek didakwa mendekati mangsa di taman permainan atau selepas menunaikan solat di surau dan bertindak memeluk, mencium pipi atau dahi serta memegang bahagian sulit mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.