Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 983 orang, enam PPS beroperasi

12 Jul 2026, 2:13 AM
Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 983 orang, enam PPS beroperasi
Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 983 orang, enam PPS beroperasi
Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 983 orang, enam PPS beroperasi

MELAKA, 12 JULAI: Jumlah mangsa banjir di Melaka terus meningkat kepada 983 orang daripada 312 keluarga pada 8 pagi ini, berbanding 779 orang daripada 255 keluarga jam 9.30 malam tadi.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan mangsa terjejas terdiri daripada 642 dewasa, 322 kanak-kanak dan 19 bayi.

Menurut portal itu, kesemua mangsa yang terlibat ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS), dengan empat daripadanya di daerah Melaka Tengah dan dua PPS lagi di Alor Gajah.

Di daerah Melaka Tengah, 710 mangsa daripada 225 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Minyak 2 manakala di SK Taman Bukit Rambai pula terdapat 186 mangsa daripada 55 keluarga masih berada di PPS itu.

Sementara itu, jumlah mangsa yang berada di PPS Dewan Japerun Pantai Kundor kekal 43 orang daripada 17 keluarga dan 24 mangsa daripada sembilan keluarga masih berada di SK Bertam Hulu.

Di daerah Alor Gajah, 15 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di Bangunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Masjid Tanah manakala lima mangsa daripada satu keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Jeram.

Banjir di dua daerah itu berlaku susulan hujan lebat lebih enam jam semalam sehingga menyebabkan lebih 20 kawasan di kedua-dua daerah itu dinaiki air.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.