Tentera Laut Pengawal Revolusi Iran umum tutup Selat Hormuz

12 Jul 2026, 1:30 AM
Tentera Laut Pengawal Revolusi Iran umum tutup Selat Hormuz
Tentera Laut Pengawal Revolusi Iran umum tutup Selat Hormuz
Tentera Laut Pengawal Revolusi Iran umum tutup Selat Hormuz
Tentera Laut Pengawal Revolusi Iran umum tutup Selat Hormuz
Tentera Laut Pengawal Revolusi Iran umum tutup Selat Hormuz

ISTANBUL, 12 JULAI: Tentera Laut Pengawal Revolusi Iran hari ini mengumumkan Selat Hormuz akan ditutup sehingga diberitahu kelak, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut pasukan itu, beberapa kapal cuba menggunakan laluan yang tidak dibenarkan menerusi selat itu walaupun berulang kali diberi amaran supaya menukar haluan dan mengikut laluan yang dibenarkan.

Sebuah kapal mematikan sistemnya, membahayakan keselamatan maritim dan terkena tembakan amaran sebelum dihentikan, menurut pasukan itu dalam kenyataan yang dilaporkan oleh agensi berita rasmi Iran IRNA.

Tentera Laut Pengawal Revolusi menegaskan laluan air strategik itu akan kekal ditutup sehingga diberitahu kelak dan sehingga campur tangan Amerika Syarikat (AS) di rantau itu berakhir, sambil menambah tiada kapal akan dibenarkan melalui selat berkenaan.

Ia memberi amaran bahawa sebarang serangan baharu terhadap Iran akan disambut dengan tindak balas yang kuat dan serangan ke atas pangkalan "musuh" tambahan di rantau itu.

Pasukan itu menyalahkan "campur tangan asing yang menyalahi undang-undang" atas insiden tersebut dan meminta AS, Israel dan negara yang menjadi tuan rumah pangkalan AS bertanggungjawab terhadap akibat daripada sebarang peningkatan selanjutnya.

Pada Jun, Tehran dan Washington menandatangani memorandum persefahaman yang diperantarai Pakistan bertujuan menamatkan perang yang bermula pada akhir Februari serta membuka jalan kepada perjanjian damai yang berkekalan.

Memorandum itu menyeru penamatan segera pertempuran di semua lapangan, penghapusan sekatan tentera laut AS ke atas Iran dan pembukaan semula Selat Hormuz.

Meskipun memorandum itu dimeterai, kedua-dua pihak berbalas serangan minggu ini berhubung laluan trafik komersial melalui Selat Hormuz.

AS menyerang sasaran di Iran, yang bertindak balas dengan menyasarkan aset AS di seluruh rantau berkenaan.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.