MPS keluar kompaun, sita premis kilang tanpa kebenaran

10 Jul 2026, 11:30 AM
MPS keluar kompaun, sita premis kilang tanpa kebenaran
MPS keluar kompaun, sita premis kilang tanpa kebenaran

SHAH ALAM, 10 JULAI: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengarahkan tiga premis ditutup selepas didapati gagal mematuhi syarat yang ditetapkan menerusi operasi pemantauan penguatkuasaan Program Kilang Tanpa Kebenaran di sekitar Batu Caves dan Gombak, Rabu lalu.

MPS memaklumkan dalam operasi membabitkan anggota Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan itu, sebanyak lima premis diperiksa dengan satu premis didapati telah ditutup manakala empat lagi masih beroperasi.

“Hasil pemeriksaan dan pemantauan yang dijalankan, sebanyak tiga premis diarahkan tutup selepas didapati gagal mematuhi kehendak yang ditetapkan,” menurut kenyataan.

Dalam operasi sama, MPS turut mengeluarkan tiga kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPS 2007 selain melaksanakan tindakan sitaan mengikut undang-undang kecil sama.

Selain itu, satu kompaun turut dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Iklan MPS 2007.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan pemantauan serta tindakan penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan aktiviti perniagaan mematuhi peruntukan undang-undang selain mengawal kewujudan kilang tanpa kebenaran di kawasan pentadbirannya.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.