Bas KKM terbakar 85 peratus, 14 individu terselamat

25 Nov 2026, 12:06 PM
Bas KKM terbakar 85 peratus, 14 individu terselamat

SHAH ALAM, 25 NOV: Seramai 13 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seorang pemandu terselamat selepas bas dinaiki mereka terbakar berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Senawang arah selatan, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, bas milik KKM berkenaan musnah 85 peratus akibat kebakaran, lapor Sinar Harian.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 12.16 tengah hari dan mendapati bas berkenaan sedang marak terbakar di bahu jalan.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah bas milik KKM yang sedang marak terbakar di bahu jalan.

“Api berjaya dikawal jam 12.20 tengah hari dan tamat sepenuhnya pada jam 1.19 petang. Bas terbabit musnah 85 peratus,” menurut kenyataan itu.

Kesemua 14 individu yang menaiki bas berkenaan dilaporkan selamat.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.