MPKL terus pantau premis industri tangani isu pencemaran

8 Jul 2026, 2:15 AM
MPKL terus pantau premis industri tangani isu pencemaran
MPKL terus pantau premis industri tangani isu pencemaran
MPKL terus pantau premis industri tangani isu pencemaran

SHAH ALAM, 8 JULAI: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengeluarkan notis kepada beberapa premis industri dalam Operasi Bersepadu Pemantauan Pencemaran di Kawasan Perindustrian Jalan Kasawari, Telok Panglima Garang.

Menerusi kenyataan di Facebook, MPKL memaklumkan operasi pada 30 Jun lalu itu dijalankan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Langat.

Menurut MPKL, tindakan penguatkuasaan diambil termasuk mengeluarkan notis di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MDKL 2007.

Premis yang diperiksa turut diarahkan mematuhi syarat pelesenan, meningkatkan penyelenggaraan kebersihan premis dan longkang serta menguruskan sistem pelepasan efluen mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) turut mengambil tindakan susulan mengikut bidang kuasa masing-masing," menurut kenyataan itu.

MPKL berkata pemantauan berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan semua premis industri mematuhi syarat pelesenan, peraturan alam sekitar dan undang-undang yang berkuat kuasa.

"MPKL akan terus menjalankan pemantauan dan kerjasama bersama JAS, LUAS serta JPS dalam menangani isu pencemaran alam sekitar bagi memastikan kesejahteraan, keselesaan dan kualiti persekitaran penduduk di daerah Kuala Langat sentiasa terpelihara," menurut kenyataan itu.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.