Program CASA Ataraxia bantu penuntut asah kemahiran industri

7 Jul 2026, 2:45 PM
Program CASA Ataraxia bantu penuntut asah kemahiran industri

SHAH ALAM, 7 JULAI: Program CASA Ataraxia: Calm Minds, Creative Hearts membantu penuntut mengasah kemahiran secara praktikal selain melahirkan graduan yang bersedia menghadapi cabaran industri.

Program anjuran sepenuhnya penuntut Pengurusan Industri Kreatif (Pengurusan Seni), Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana itu melibatkan penyertaan 560 peserta.

Pengarah Projek Kenchana Wati Md Yusof berkata program berkenaan merupakan penilaian akhir berskala industri yang dirancang dan dilaksanakan sepenuhnya oleh penuntut ijazah sarjana muda serta diploma.

Menurut beliau, tema Ataraxia dipilih kerana melambangkan ketenangan dan kestabilan emosi, sekali gus memfokuskan usaha menenangkan minda agar peserta dapat berfikir dengan lebih jelas serta positif dalam merancang masa depan.

“Program ini dianjurkan bagi menghasilkan acara yang menenangkan, selari dengan konsep Ataraxia yang menitikberatkan elemen ketenangan dan kesejahteraan emosi.

“Bimbingan pensyarah dalam pelbagai subjek berkaitan turut disediakan sebagai sokongan akademik, manakala keseluruhan idea, konsep serta pelaksanaan digerakkan sepenuhnya oleh penuntut,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, aktiviti dilaksana dalam program selama tiga hari itu menggabungkan elemen seni, muzik dan refleksi diri dalam suasana santai namun bermakna.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.