Yayasan MBI salur RM33,000 bantu mangsa bencana, atlet dan individu memerlukan

6 Jul 2026, 10:00 AM
Yayasan MBI salur RM33,000 bantu mangsa bencana, atlet dan individu memerlukan
Yayasan MBI salur RM33,000 bantu mangsa bencana, atlet dan individu memerlukan
Yayasan MBI salur RM33,000 bantu mangsa bencana, atlet dan individu memerlukan

SHAH ALAM, 6 JULAI: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI terus memperkukuh komitmennya membantu golongan yang memerlukan apabila menyalurkan sumbangan tunai berjumlah RM33,000 kepada 13 penerima melibatkan mangsa bencana, pesakit, atlet serta individu yang berdepan kesukaran hidup.

Ketua Yayasan MBI, Ahmad Azri Zainal Nor berkata bantuan itu disalurkan mengikut keperluan setiap pemohon selepas melalui proses penilaian, dengan nilai sumbangan antara RM1,000 hingga RM3,000.

Menurutnya, permohonan diterima sama ada secara terus oleh Yayasan MBI atau melalui pejabat Ahli Dewan Negeri serta ketua kampung sebelum diteliti bagi memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Ahmad Azri Zainal Nor berucap ketika Majlis Serahan Sumbangan Yayasan MBI di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam pada 6 Julai 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Setiap permohonan yang lengkap akan dinilai terlebih dahulu sebelum jumlah bantuan yang bersesuaian diluluskan mengikut kategori dan keperluan pemohon,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau berharap sumbangan berkenaan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi meringankan beban penerima, selain mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan rakyat.

“Kami berharap bantuan ini dapat digunakan mengikut keperluan masing-masing dan sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka.

“Inilah komitmen Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari untuk terus meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Pada majlis itu, Zamanila Tukiman, Santhi Narajanasamy, Ahmad Afiq Salim, Ab Halim Yusof, Halimin Mahmood dan Saparwan masing-masing menerima bantuan kebakaran sebanyak RM3,000.

Selain itu, Ahmad Suhaimi menerima RM2,000 bagi bantuan mangsa ribut, Che Hasan Che Kob (RM1,000) bagi bantuan sara hidup, Pavithra Dewi (RM2,000) bagi kos rawatan suami, Zafrullah Aris (RM2,000) bagi bantuan perubatan dan Danial Ahmad (RM3,000) bagi bantuan kemalangan.

Dua atlet turut menerima sumbangan pembangunan sukan iaitu Aydeen Hafreez Abdul Hafiz sebanyak RM2,000 bagi sukan permotoran dan Muhammad Haziq sebanyak RM3,000 bagi pembangunan badminton.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.