England tempah tiket ke suku akhir, tewaskan Mexico 3-2

6 Jul 2026, 3:25 AM
England tempah tiket ke suku akhir, tewaskan Mexico 3-2

MEXICO CITY, 6 JULAI: England mara ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 selepas menewaskan Mexico 3-2 dalam aksi pusingan 16 terakhir di Estadio Azteca, sebentar tadi.

Jude Bellingham muncul wira England apabila meledak dua gol pantas pada minit ke-36 dan ke-38 untuk meletakkan pasukannya selesa mendahului 2-0.

Mexico bagaimanapun merapatkan jurang menerusi jaringan Julian Quinones pada minit ke-42 bagi menghidupkan semula saingan sebelum babak pertama berakhir.

Memasuki babak kedua, kapten England Harry Kane menambah gol ketiga menerusi sepakan penalti pada minit ke-60.

Mexico sekali lagi bangkit apabila Raul Jimenez menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-69, namun jaringan itu gagal menghalang England daripada mengesahkan kemenangan 3-2.

Kemenangan itu menyaksikan England melangkah ke suku akhir dan meneruskan cabaran memburu kejuaraan Piala Dunia 2026.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.