Rakyat Johor perlu wakil rakyat cerdik, berani - Anwar

4 Jul 2026, 7:43 AM
Rakyat Johor perlu wakil rakyat cerdik, berani - Anwar

JOHOR BAHRU, 4 JULAI: Rakyat Johor memerlukan pimpinan dan wakil rakyat yang bijak menilai keutamaan, berani membuat keputusan serta benar-benar memahami denyut nadi rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata gabungan itu akan terus membawa suara rakyat, mempertahankan kepentingan negeri dan memacu Johor menjadi lebih maju serta hebat untuk semua.

“Johor Ke Depan. Undi HARAPAN,” kata Anwar menerusi klip video di Facebook rasmi beliau bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Perdana Menteri turut menyeru jentera HARAPAN supaya bekerja keras, bagi memastikan kemenangan calon-calon parti itu pada PRN kali ini.

“Kita nak pilih wakil rakyat dan pimpinan yang mewakili kepentingan rakyat di Johor, rakyat Malaysia, Melayu, Cina, India work together, build this nation, angkat negeri ini menjadi hebat,” katanya.

Anwar memulakan kempen hari pertama HARAPAN di Johor dengan menghadiri tujuh program di beberapa kawasan, bagi menyantuni rakyat serta memberi sokongan kepada calon-calon gabungan tersebut.

Program berkenaan meliputi sesi pertemuan bersama dengan rakyat, ceramah, ramah mesra dan program bersama dengan komuniti setempat, sebagai usaha memperkukuh sokongan pengundi terhadap PH menjelang hari pengundian.

Pada PRN kali ini, HARAPAN meletakkan calon di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkumi 20 calon KEADILAN, 19 calon Amanah dan 17 calon DAP.

Secara keseluruhan, PRN Johor menyaksikan sebanyak 172 calon bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai, manakala 7 Julai sebagai tarikah pengundian awal.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.