Kes pukul pekerja cuci kereta, empat lelaki diberkas

3 Jul 2026, 3:09 AM
Kes pukul pekerja cuci kereta, empat lelaki diberkas

SHAH ALAM, 3 JULAI: Empat individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pekerja pusat cuci kereta dipukul di Taman Kiara, Kuala Selangor yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima makluman mengenai video berdurasi satu minit 20 saat berkaitan kejadian itu pada jam 1.30 tengah hari, Rabu lalu.

"Siasatan mendapati seorang lelaki tempatan memandu sebuah Toyota Hilux dipercayai bertindak memukul seorang pekerja menggunakan kon keselamatan berwarna kuning sebelum menumbuk mangsa beberapa kali pada 30 Jun lalu.

"Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang didakwa bersikap kurang sopan ketika urusan pembayaran perkhidmatan mencuci kenderaan," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, empat yang ditahan termasuk suspek utama, pemilik premis yang menggaji pekerja asing tanpa permit sah serta dua pekerja warga India tanpa dokumen perjalanan sah.

Katnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya, selain Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau pegawai penyiasat, Inspektor Khairul Anwar Abd Kadir.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.