Pemandu Perodua Kembara pandu melulu direman empat hari

2 Jul 2026, 9:14 AM
Pemandu Perodua Kembara pandu melulu direman empat hari

SHAH ALAM, 2 JULAI: Polis menahan pasangan suami isteri yang dipercayai terbabit dalam insiden pemanduan melulu menggunakan sebuah Perodua Kembara di Lebuhraya Persekutuan yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsuddin Mamat berkata, pasangan warga tempatan berusia lingkungan 50-an itu ditahan sepasukan pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) pada jam 9 malam semalam.

"Majistret membenarkan tahanan reman terhadap pemandu selama empat hari bermula hari ini sehingga 5 Julai, manakala isterinya dilepaskan dengan jaminan polis selepas rakaman percakapan selesai.

"Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan arahan seterusnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang jalan raya demi memastikan keselamatan semua pengguna.

Terdahulu, beberapa klip video tular di media sosial memaparkan sebuah Perodua Kembara dipandu secara melulu di Lebuhraya Persekutuan sebelum seorang lelaki berbaju merah, yang dipercayai pemandunya, dirakam menghamburkan kata-kata kesat.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.