MBSA sita enam kenderaan berat, keluar lapan kompaun parkir haram

2 Jul 2026, 5:00 AM
MBSA sita enam kenderaan berat, keluar lapan kompaun parkir haram

SHAH ALAM, 2 JULAI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyita enam kenderaan berat serta mengeluarkan lapan kompaun dalam operasi parkir haram di Seksyen 27 dan Seksyen 28 pada 30 Jun lalu.

MBSA memaklumkan tindakan itu dilaksanakan menerusi Operasi Bersepadu Parkir Kenderaan Berat Kali Ke-9 Tahun 2026 bagi memastikan pematuhan undang-undang, selain membanteras kegiatan meletakkan kenderaan berat di kawasan yang tidak dibenarkan.

Menurutnya, lapan kompaun dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil Taman 7(1) atas kesalahan meletakkan kenderaan di kawasan larangan.

“Selain itu, enam kenderaan berat turut disita kerana menghalang aliran lalu lintas.

“Kesemua kenderaan berkenaan telah ditunda ke Depoh Tunda MBSA di Seksyen 17 dan Seksyen 31 untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Operasi itu diketuai Pegawai Penguat Kuasa MBSA Rozaidi Ahmat dan turut disertai Ahli Majlis MBSA merangkap Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 10, Wan Shaharuddin Shah Ismail.

Operasi berkenaan turut melibatkan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan MBSA (Seksyen Lalulintas), Pejabat Cawangan Kota Kemuning serta Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA.

MBSA menegaskan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dan menasihati pemilik serta pemandu kenderaan berat supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan demi keselamatan pengguna jalan raya serta kelancaran lalu lintas.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.