Tengku Amir Shah rasmi Laman Agro Ehsan Bukit Beruntung

1 Jul 2026, 6:11 AM
Tengku Amir Shah rasmi Laman Agro Ehsan Bukit Beruntung
Tengku Amir Shah rasmi Laman Agro Ehsan Bukit Beruntung
Tengku Amir Shah rasmi Laman Agro Ehsan Bukit Beruntung
Tengku Amir Shah rasmi Laman Agro Ehsan Bukit Beruntung

HULU SELANGOR, 1 JULAI: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Program Agroekonomi di Laman Agro Ehsan, Bukit Beruntung di sini, hari ini.

Keberangkatan Baginda disambut Ahli Jawatankuasa Penasihat Laman Agro Lembaga Zakat Selangor, Dato' Adnan Pawanteh, Mufti Selangor, Dato’ Dr Anhar Opir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.

Tengku Amir Shah juga berkenan meluangkan masa melawat kawasan seluas 110 ekar, dengan 76 ekar daripadanya menempatkan 48 plot tanaman cili fertigasi diusahakan oleh asnaf Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor).

Adnan dalam ucapannya berkata, projek berkenaan dibangunkan berasaskan pendekatan yang memberi tumpuan kepada pembangunan jangka masa panjang, melibatkan 48 asnaf terpilih.

Beliau berkata, pendekatan itu memberi penekanan kepada pembinaan keupayaan supaya asnaf mempunyai ilmu, kemahiran dan peluang untuk menjana pendapatan sendiri.

"Kemiskinan bukan semata-mata soal kekurangan bantuan, tetapi soal akses kepada peluang yang mampu mengubah kehidupan secara berkekalan.

"Daripada sekadar memberi bantuan, kepada membina kemampuan. Daripada bergantung, kepada berdikari. Daripada menerima, kepada akhirnya mampu menyumbang kembali,” katanya.

Pelaksanaan Projek Agroekonomi Laman Agro Ehsan turut disokong melalui dana wakalah berjumlah kira-kira RM2.07 juta daripada Lembaga Tabung Haji, RHB Islamic Bank Berhad dan Cagamas Berhad.

Program pembangunan selama tiga tahun ini berpotensi menjana pendapatan sehingga RM4,000 sebulan, dengan setiap peserta mengusahakan plot tanaman seluas 0.5 ekar yang menempatkan 2,000 beg tanaman cili.

Peserta turut ditempatkan di kawasan perumahan Prima Beruntung dengan kos sewaan dibiayai oleh Zakat Selangor sepanjang tempoh program.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.