Bau busuk bongkar penemuan mayat warga emas di rumah kedai

29 Jun 2026, 2:30 PM
Bau busuk bongkar penemuan mayat warga emas di rumah kedai

SHAH ALAM, 29 JUN: Misteri bau busuk di sebuah rumah kedai terungkai dengan penemuan jasad warga emas yang sudah berbau di Jalan Bata, Titiwangsa Sentral hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL), dalam kenyataan berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pintu terkunci melalui talian NG999 pada 4.36 petang.

"Komander Operasi Mohammad Farid Abd Hamid melaporkan setibanya pasukan bomba di lokasi pada 4.46 petang mendapati seorang mangsa lelaki di dalam premis," katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Berita Harian.

Katanya, mangsa seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring dan sudah berbau dan kematiannya disahkan pegawai perubatan di lokasi.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.