Mayat warga emas hilang akibat bot karam ditemukan

27 Jun 2026, 3:07 AM
Mayat warga emas hilang akibat bot karam ditemukan

SHAH ALAM, 27 JUN: Mayat warga emas yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki karam ketika pulang daripada memancing ditemukan pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata mayat warga tempatan berusia 73 tahun itu dijumpai pada 8.30 pagi oleh orang awam kira-kira 500 meter dari kawasan bot terbabit karam.

“Kerja-kerja mengangkat mangsa sedang dijalankan oleh anggota bertugas berdasarkan laporan komander operasi pada 8.55 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ashrul berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk tindakan lanjut.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang, manakala seorang lagi lelaki selamat selepas bot dinaiki karam ketika pulang daripada memancing di Sungai Selangor berdekatan kawasan Jeti Bintara, Kuala Selangor pada petang Khamis lepas.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.