Mayat lelaki ditemukan dalam kereta, dipercayai meninggal dunia lebih empat hari

25 Jun 2026, 8:54 AM
Mayat lelaki ditemukan dalam kereta, dipercayai meninggal dunia lebih empat hari

GEORGE TOWN, 25 JUN: Mayat lelaki tempatan dipercayai telah meninggal dunia lebih empat hari ditemukan di dalam sebuah kereta di Jalan Lintang Merdeka di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima makluman kejadian itu pada 9.50 pagi daripada seorang pekerja pembersihan.

Pekerja itu memaklumkan melihat kenderaan tersebut diletakkan dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan kerja pembersihan pada 9.30 pagi.

“Mayat lelaki berusia 55 tahun yang berasal dari Bukit Mertajam ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap di tempat duduk pemandu kenderaan itu yang tidak berkunci,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rozak berkata pemeriksaan pada badan dan lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah, dengan lelaki itu mempunyai rekod penyakit kronik serta sedang menerima rawatan di hospital.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.