653 kg bunga ganja dirampas di KLIA, 38 individu ditahan

24 Jun 2026, 9:33 AM
653 kg bunga ganja dirampas di KLIA, 38 individu ditahan

SHAH ALAM, 24 JUN: Polis merampas 653.6 kilogram (kg) dadah jenis bunga ganja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan menahan 38 individu berkaitan kes penyeludupan barang larangan itu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata rampasan itu hasil penguatkuasaan polis dan pihak keselamatan di KLIA menerusi pengimbasan.

“Kebanyakan bunga ganja itu didapati dibawa masuk dari negara sekitar ASEAN dan terdapat permintaan tinggi untuk dadah berkenaan dihantar ke luar negara khususnya Eropah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata nilai rampasan bunga ganja sukar ditentukan kerana ia berubah-ubah bagi setiap kali transit dan berbeza antara sindiket terlibat.

Daripada 38 individu ditahan itu katanya, 28 sudah dituduh di mahkamah.

Shazeli berkata, terbaharu dari 17 hingga 22 Jun lalu, pihaknya merampas 171.6 kg bunga ganja bernilai RM13.73 juta di Terminal 1 KLIA, sebuah hotel di Bandar Enstek, Negeri Sembilan serta rumah di Banting, Kuala Langat.

Beliau berkata polis turut menahan empat individu termasuk seorang lelaki tempatan dipercayai keldai dadah dan menyita sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) serta beberapa mata wang asing.

"Siasatan mendapati lelaki tempatan itu menerima upah antara RM400 hingga RM500 manakala tiga lelaki warga asing mengikut tukaran mata wang asing negara asal mereka,” katanya.

Keempat-empat suspek direman seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.