EXCO: Tangani isu dalaman persatuan sukan secara matang

24 Jun 2026, 4:00 AM
EXCO: Tangani isu dalaman persatuan sukan secara matang

SHAH ALAM, 24 JUN: Semua persatuan sukan dinasihati menyelesaikan isu dalam secara berhemah tanpa menjejaskan persiapan atlet menjelang penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA).

EXCO Sukan Najwan Halimi berkata ada persatuan difahamkan mempunyai beberapa isu dalaman dan mereka diminta segera menyelesaikan masalah berkenaan.

“Kita berharap pihak persatuan dapat menyelesaikan masalah dalaman ini secara berhemah.

“Pada masa sama tidak menjejaskan persiapan atlet-atlet kerana difahamkan ada persatuan berdepan dengan beberapa isu dan minta diselesaikan dengan cara baik” katanya kepada Media Selangor.

Sebelum ini, media melaporkan berlaku masalah dalaman melibatkan persatuan sukan negeri yang didakwa berpunca daripada tindakan pimpinan tertinggi yang didakwa melanggar perlembagaan persatuan.

Edisi ke-22 SUKMA 2026 di Selangor akan berlangsung mulai 15 hingga 24 Ogos manakala Para SUKMA dari 5 hingga 10 September.

Sebanyak 469 acara dipertandingkan daripada 37 jenis sukan akan dipertandingkan di sembilan daerah membabitkan 52 gelanggang pertandingan manakala Para SUKMA melibatkan 10 jenis sukan dan 316 acara di daerah Petaling serta Klang.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.