Kerjasama negeri, Persekutuan pastikan dasar dan inisiatif dilaksana demi manfaat rakyat - MB

24 Jun 2026, 2:37 AM
Kerjasama negeri, Persekutuan pastikan dasar dan inisiatif dilaksana demi manfaat rakyat - MB
Kerjasama negeri, Persekutuan pastikan dasar dan inisiatif dilaksana demi manfaat rakyat - MB

SHAH ALAM, 24 JUN: Kerjasama dan penyelarasan berkesan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam pelbagai sektor membolehkan dasar serta inisiatif dirancang dapat dilaksanakan demi manfaat rakyat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pendekatan itu memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta menjayakan agenda pembangunan negara.

"Saya percaya pendekatan yang berteraskan kerjasama, penyelarasan dan tindakan yang berkesan amat penting bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif dapat diterjemahkan kepada manfaat sebenar buat rakyat.

“Insya-Allah, Selangor akan terus memberikan komitmen penuh dalam menjayakan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-149 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen, semalam.

Menurut Amirudin, mesyuarat tersebut membincangkan pelbagai perkara termasuk usaha memperkukuh pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) menerusi Majlis TVET Negara (MTVET).

Turut dibincangkan isu kesiapsiagaan dan pengurusan bencana alam, selain penyelenggaraan jalan raya, sistem perparitan dan saliran serta infrastruktur awam.

“Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk menyelaras pelbagai agenda pembangunan serta isu-isu yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.