Lori bawa muatan cat terbakar, pondok tol turut musnah

23 Jun 2026, 11:39 AM
Lori bawa muatan cat terbakar, pondok tol turut musnah

SHAH ALAM, 23 JUN: Sebuah lori tiga tan yang membawa muatan cat terbakar di Plaza Tol Sungai Ramal menghala ke Jalan Reko, Kajang petang ini sehingga menyebabkan sebuah pondok tol musnah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.55 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dihantar.

“Kebakaran membabitkan sebuah lori tiga tan membawa muatan cat yang terbakar di bahagian hadapan dengan anggaran kemusnahan 80 peratus.

“Kejadian turut membabitkan sebuah pondok tol yang terbakar 90 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kebakaran itu berlaku ketika lori berkenaan berada di kawasan Plaza Tol Sungai Ramal menghala ke Jalan Reko, Kajang.

Menurutnya tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.