Pokok tumbang hempap kereta, pemandu selamat

13 Nov 2026, 4:24 AM
Pokok tumbang hempap kereta, pemandu selamat

SHAH ALAM, 13 NOV: Pemandu kereta berdepan detik cemas apabila kenderaannya dihempap sebatang pokok tumbang di Kampung Dato Abu Bakar Baginda, Jalan Sungai Merab, Kajang, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, pemandu Proton Saga BLM berkenaan tidak sempat mengelak pokok yang tumbang di laluan terbabit.

Kejadian menyebabkan bahagian hadapan kereta berkenaan mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tersebut.

Bagaimanapun, pemandunya dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pokok tumbang itu turut menghalang sepenuhnya laluan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan, lapor Harian Metro.

Susulan kejadian, orang ramai bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sepang dan Putrajaya mengambil tindakan memotong serta mengalihkan batang pokok berkenaan.

Usaha itu dilakukan bagi mengalihkan halangan yang merentangi laluan selepas kejadian tersebut.

Selain mengalihkan pokok, anggota APM turut mengambil langkah keselamatan segera terhadap kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang melintang di tengah jalan.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.