LRT3 mula beroperasi 29 Jun, PM rasmi Ahad ini

22 Jun 2026, 9:25 AM
LRT3 mula beroperasi 29 Jun, PM rasmi Ahad ini

SHAH ALAM, 22 JUN: Perkhidmatan Transit Aliran Ringkan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam dengan kawasan sekitarnya akan mula beroperasi pada Isnin depan (29 Jun), kata Menteri Pengangkutan.

Anthony Loke berkata majlis perasmian laluan baharu itu akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari lebih awal, sebelum dibuka kepada orang ramai keesokan harinya.

“Majlis perasmian akan dibuat Ahad ini dan operasi akan mula berkuat kuasa pada hari berikutnya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat Baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Bandar Tasik Selatan di Cheras, hari ini.

Menurut beliau, pelaksanaan projek LRT3 merupakan antara inisiatif pengangkutan awam utama yang telah lama dinantikan penduduk di koridor barat Lembah Klang.

Laluan sepanjang 37.8 kilometer itu menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya dengan Johan Setia di Klang, merangkumi beberapa kawasan utama termasuk Shah Alam.

Beliau berkata pengoperasian LRT3 dijangka memberi kemudahan lebih meluas kepada penduduk selain memperkukuh rangkaian sistem rel bandar sedia ada.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.