52 belia sertai program Jom Hiking Bukit Lagong di Taman Templer

22 Jun 2026, 3:21 AM
52 belia sertai program Jom Hiking Bukit Lagong di Taman Templer
52 belia sertai program Jom Hiking Bukit Lagong di Taman Templer
52 belia sertai program Jom Hiking Bukit Lagong di Taman Templer

SHAH ALAM, 22 JUN: Seramai 52 belia berusia antara 17 hingga 40 tahun menyertai program Jom Hiking Bukit Lagong yang dianjurkan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer dengan kerjasama Penggerak Belia Selangor (PEBS) Zon 10 dan Zon 11, semalam.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer Anfaal Saari berkata program itu merupakan antara usaha untuk mempromosikan potensi ekopelancongan di kawasan berkenaan selain menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, hasrat menjadikan Taman Templer sebagai destinasi ekopelancongan yang memberi manfaat kepada penduduk setempat merupakan antara komitmen yang dibawa beliau pada Pilihan Raya Negeri 2023.

“Program ini bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi juga ruang untuk menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan sesama komuniti serta mendekatkan belia dengan wakil rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

ADN Taman Templer Anfaal Saari bergambar bersama peserta program Jom Hiking Bukit Lagong yang diadakan bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan mempromosikan potensi ekopelancongan kawasan berkenaan. Foto Facebook Anfaal Saari

Beliau berkata semangat yang ditunjukkan peserta ketika menawan Bukit Lagong membuktikan golongan belia di kawasan itu mempunyai daya tahan dan semangat juang yang tinggi.

Anfaal turut merakamkan penghargaan kepada CC Team, Balai Bomba dan Penyelamat Selayang serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak atas kerjasama dalam memastikan program berjalan lancar dan selamat.

Beliau berharap lebih banyak program yang memupuk budaya hidup sihat, memperkukuh semangat kebersamaan dan memperkasakan golongan belia dapat dilaksanakan di DUN Taman Templer pada masa akan datang.

Peserta melalui kawasan aliran sungai di kaki Bukit Lagong yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan menjadi antara tarikan rekreasi di Taman Templer. Foto Anfaal Saari

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.