Petaling, Kuala Langat antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 9 pagi

21 Jun 2026, 11:53 PM
Petaling, Kuala Langat antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 9 pagi

SHAH ALAM, 22 JUN: Enam daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang diramal ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga 9 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama turut diramal melanda Purtajaya selain seluruh Perlis, Pulau Pinang dan Melaka.

Cuaca sama turut diramal melanda beberapa daerah Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.