SHAH ALAM, 21 JUN: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menzahirkan penghargaan kepada semua insan bergelar bapa sempena sambutan Hari Bapa hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau menyifatkan golongan bapa sebagai tiang kekuatan keluarga yang sentiasa berkorban demi kesejahteraan dan masa depan anak-anak.
Pada masa sama, Amirudin turut mengenang Allahyarham bapanya Shari Mukhsin serta bapa mentuanya Muhamad Yahya, yang banyak mencurahkan kasih sayang, tunjuk ajar dan doa sepanjang membesarkan anak-anak.
“Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang, tunjuk ajar dan doa yang tidak pernah putus dalam membesarkan anak-anak.
"Semoga Allahyarham bapa saya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.
Selain itu, Amirudin berharap semua insan bergelar bapa terus dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan jiwa dan kekuatan untuk memimpin keluarga dengan penuh hikmah.
“Selamat Hari Bapa,” katanya.







