Tengku Permaisuri serikan Forum Perdana dan Bacaan Yasin di Bangi

21 Jun 2026, 10:37 AM
Tengku Permaisuri serikan Forum Perdana dan Bacaan Yasin di Bangi
Tengku Permaisuri serikan Forum Perdana dan Bacaan Yasin di Bangi
Tengku Permaisuri serikan Forum Perdana dan Bacaan Yasin di Bangi
Tengku Permaisuri serikan Forum Perdana dan Bacaan Yasin di Bangi

BANGI, 21 JUN: Kira-kira 1,500 jemaah membanjiri Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi bagi menjayakan Forum Perdana dan Bacaan Yasin Peringkat Kebangsaan anjuran Pertubuhan Sahabat Al-Quran (PSAQ) Selangor, hari ini.

Program yang berlangsung sejak awal pagi itu turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Sebaik tiba, Baginda berkenan menandatangani plak lawatan sebagai simbol kenangan dan bukti rasmi keberangkatan ke program berkenaan.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin ketika hadir dalam Program Forum Perdana dan Bacaan Yasin peringkat kebangsaan anjuran Pertubuhan Sahabat Al Quran Selangor di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi pada 21 Jun 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Forum bertajuk Isu Semasa, Cabaran Sosial dan Penyelesaian Islamik Berlandaskan Al-Quran menjadi antara pengisian utama program dengan menampilkan Ustazah Hajah Nawiya Abu dan Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan sebagai panel.

Tengku Permaisuri Hajah Norashikin turut berkenan menyaksikan penyampaian cenderahati kepada 13 Pengerusi PSAQ, moderator dan panel forum sebagai penghargaan atas jasa serta sumbangan mereka.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin menyampaikan cenderahati kepada wakil negeri sempena Forum Perdana dan Bacaan Yassin Peringkat Kebangsaan anjuran Pertubuhan Sahabat Al-Quran Selangor di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi pada 21 Jun 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Selepas majlis, Baginda berkenan mencemar duli melawat perkarangan masjid yang menempatkan pelbagai gerai jualan, selain beramah mesra dengan peniaga dan jemaah yang hadir.

Kehadiran peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat mencerminkan sambutan menggalakkan terhadap program yang mengangkat nilai al-Quran sebagai panduan dalam mendepani cabaran dan isu semasa.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.