Kematian pelatih industri dalam Kolam Menara Saujana Perdana disahkan lemas

20 Jun 2026, 8:12 AM
Kematian pelatih industri dalam Kolam Menara Saujana Perdana disahkan lemas

SHAH ALAM, 20 JUN: Kematian pelajar latihan industri dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di Kolam Menara Saujana Perdana, Bandar Saujana Perdana, Sungai Buloh pada 16 Jun lalu disahkan akibat lemas.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata hasil siasatan awal dan bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian mangsa adalah lemas.

Menurut beliau, kes berkenaan kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) selepas keputusan rasmi bedah siasat diperoleh.

“Mayat mangsa sebelum ini dihantar ke Unit Forensik Hospital Al Sultan Abdullah (HASA) di Puncak Alam untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian sebelum keputusan rasmi diperoleh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas kejadian itu, Mohd Hafiz berkata pihak polis menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 11.53 pagi.

Menurutnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut membantu mengeluarkan mangsa dari kolam takungan air berkenaan.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.