Lelaki 24 tahun maut ketika selenggara tangki air di Sungai Buloh

17 Jun 2026, 8:16 AM
Lelaki 24 tahun maut ketika selenggara tangki air di Sungai Buloh

SHAH ALAM, 17 Jun: Seorang lelaki berusia 24 tahun meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di sebuah kolam menara di Bandar Saujana Perdana, di sini pada Selasa.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba II Hamdan Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.51 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya bersama sebuah jentera FRT dan lima anggota dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 12.17 tengah hari dan mendapati seorang lelaki berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas tangki kolam menara ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

“Maklumat awal yang diterima mendapati mangsa dipercayai tersedut ke dalam tangki air sebelum lemas,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata anggota bomba kemudian menjalankan operasi mengangkat dan menurunkan mangsa dari tangki berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.